1. Kebuluran berlaku lagi di negeri itu seperti yang terjadi pada zaman Abraham. Kemudian Ishak pergi menghadap Raja Abimelekh, raja orang Filistin, di Gerar.
2. Ishak berbuat begitu kerana TUHAN sudah menampakkan diri kepadanya dan berfirman, “Janganlah pergi ke Mesir; tinggallah di negeri ini, seperti yang sudah Kuperintahkan kepadamu.
3. Tinggallah di sini dan Aku akan melindungi serta memberkati engkau. Seluruh wilayah ini akan Kuberikan kepadamu dan keturunanmu. Aku akan menepati perjanjian yang sudah Kubuat dengan Abraham, bapamu.