1. Abraham berpindah dari Mamre ke bahagian selatan Kanaan, lalu menetap di antara Kades dan Syur. Beberapa lama kemudian, semasa dia tinggal di Gerar,
2. dia berkata bahawa isterinya Sara ialah adiknya. Oleh itu, Raja Abimelekh dari kota Gerar menyuruh utusannya membawa Sara kepadanya.
3. Pada suatu malam Allah menampakkan diri kepada Raja Abimelekh dalam mimpi dan berfirman, “Engkau akan mati kerana engkau sudah mengambil wanita ini; dia sudah bersuami.”
17-18. TUHAN sudah membuat semua wanita di istana Raja Abimelekh mandul kerana peristiwa yang berlaku kepada Sara, isteri Abraham. Kemudian Abraham berdoa kepada Allah, lalu Allah menyembuhkan Raja Abimelekh, isterinya, dan hamba-hamba perempuannya, sehingga wanita-wanita itu dapat melahirkan anak lagi.