Kejadian 17:5-16 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Oleh itu namamu tidak lagi disebut Abram, melainkan Abraham, kerana Aku menjadikan engkau nenek moyang banyak bangsa.

6. Aku akan memberikan banyak anak cucu kepadamu, dan ada antara mereka yang akan menjadi raja. Engkau akan mempunyai keturunan yang sangat banyak sehingga mereka menjadi bangsa-bangsa.

7. Aku akan menepati janji-Ku kepadamu serta keturunanmu turun-temurun, dan perjanjian itu abadi. Aku akan menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu.

8. Aku akan memberikan tanah ini kepadamu dan keturunanmu; tanah yang sekarang engkau diami sebagai orang asing. Seluruh tanah Kanaan akan menjadi kepunyaan keturunanmu selama-lamanya, dan Aku akan menjadi Allah mereka.”

9. Allah berfirman lagi kepada Abraham, “Engkau juga mesti bersetuju untuk setia kepada perjanjian itu, engkau dan keturunanmu turun-temurun.

10. Engkau dan semua keturunanmu yang lelaki mesti disunat.

13. Tiap-tiap lelaki mesti disunat; sunat ini akan menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-Ku dengan engkau itu abadi.

14. Setiap lelaki yang tidak disunat tidak dianggap anggota umat-Ku kerana dia tidak berpegang pada perjanjian itu.”

15. Kemudian Allah berfirman kepada Abraham, “Jangan lagi panggil isterimu Sarai; mulai sekarang namanya Sara.

16. Aku akan memberkati dia dan mengurniai engkau seorang anak lelaki yang akan dilahirkan oleh Sara. Aku akan memberkati Sara, dan dia akan menjadi ibu bangsa-bangsa. Di kalangan keturunannya akan ada raja-raja.”

Kejadian 17