Kejadian 11:20-27 Alkitab Berita Baik (BM)

20. Ketika Reu berumur 32 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Serug.

21. Selepas itu Reu hidup selama 207 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.

22. Ketika Serug berumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Nahor.

23. Selepas itu Serug hidup selama 200 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.

24. Ketika Nahor berumur 29 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Terah.

25. Selepas itu Nahor hidup selama 119 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.

26. Ketika Terah berumur 70 tahun, dia mendapat tiga orang anak lelaki, iaitu Abram, Nahor, dan Haran.

27. Inilah keturunan Terah. Terah ialah bapa Abram, Nahor, dan Haran. Haran mempunyai seorang anak lelaki bernama Lot.

Kejadian 11