Kejadian 10:20-26 Alkitab Berita Baik (BM)

20. Mereka semua keturunan Ham. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing dan mempunyai bahasa sendiri.

21. Sem, abang Yafet, ialah nenek moyang semua orang Ibrani.

22. Inilah anak-anak Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, dan Aram.

23. Keturunan Aram ialah penduduk Us, Hul, Geter, dan Mas.

24. Arpakhsad bapa Selah, dan Selah bapa Eber.

25. Eber mempunyai dua orang anak lelaki; yang pertama dinamakan Peleg, kerana pada zamannya penduduk dunia terbahagi-bahagi. Anak yang kedua bernama Yoktan.

26. Keturunan Yoktan ialah penduduk Almodad, Selef, Hazarmawet, Yerah,

Kejadian 10