1. TUHAN memerintah Musa
2. supaya memberitahu orang Israel bahawa jika seseorang berdosa dan melanggar salah satu perintah TUHAN dengan tidak sengaja, orang itu harus mematuhi peraturan berikut.
3. Jika Imam Agung yang berdosa, sehingga menyebabkan semua orang Israel bersalah, dia harus mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada kecacatan kepada TUHAN, supaya dosanya diampunkan.
4. Imam Agung harus membawa lembu jantan itu ke pintu Khemah TUHAN, meletakkan tangannya di atas kepala lembu itu, lalu menyembelihnya di hadapan Khemah.
5. Kemudian Imam Agung itu harus mengambil sebahagian daripada darah lembu jantan itu dan membawanya ke dalam Khemah.