Imamat 27:1-17 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN memberi Musa

2. peraturan-peraturan berikut untuk umat Israel. Apabila seseorang dipersembahkan kepada TUHAN untuk menunaikan nazar, orang itu dapat ditebus dengan harga berikut,

8. Jika orang yang bernazar itu tidak sanggup membayar harga yang ditentukan, dia harus membawa orang yang dipersembahkan kepada TUHAN itu kepada imam, dan imam akan menurunkan harganya menurut kesanggupan orang itu.

9. Jika nazar itu tentang binatang yang dapat diterima sebagai korban kepada TUHAN, maka setiap persembahan yang diberikan kepada TUHAN menjadi milik TUHAN.

10. Orang yang bernazar itu tidak boleh menukarnya dengan binatang lain. Jika dia berbuat begitu, kedua-dua ekor binatang itu menjadi milik TUHAN.

11. Tetapi jika nazar itu tentang binatang haram yang tidak dapat diterima sebagai korban kepada TUHAN, orang yang bernazar itu harus membawa binatang itu kepada imam.

12. Imam akan menentukan harganya menurut keadaan binatang itu, dan itulah harga mati.

13. Jika orang itu hendak menebus binatangnya, dia mesti membayar harga itu ditambah dengan dua puluh peratus.

14. Apabila seseorang mempersembahkan rumahnya kepada TUHAN, imam akan menentukan harganya menurut keadaan rumah itu, dan itulah harga mati.

15. Jika orang itu hendak menebus rumahnya, dia mesti membayar harga itu ditambah dengan dua puluh peratus.

16. Apabila seseorang mempersembahkan sebahagian daripada tanahnya kepada TUHAN, harganya ditentukan menurut jumlah benih yang dapat ditanam di tanah itu; untuk setiap 20 kilogram barli, harganya sepuluh keping wang perak.

17. Jika orang itu mempersembahkan tanahnya sebaik sahaja Tahun Pengembalian berakhir, harganya mesti dibayar penuh.

Imamat 27