6. Walaupun begitu, tanah yang tidak kamu usahakan pada tahun itu akan mengeluarkan hasil untuk dijadikan makanan kamu, abdi kamu, orang gaji kamu, orang asing yang tinggal dengan kamu,
7. ternakan kamu dan binatang liar di negeri kamu. Apa sahaja yang dihasilkan tanah itu boleh dimakan.
8. Hitunglah tujuh kali tujuh tahun, iaitu empat puluh sembilan tahun.
9. Kemudian pada hari kesepuluh bulan ketujuh, iaitu Hari Pengampunan Dosa, suruhlah orang meniup trompet di seluruh negeri.
51-52. Orang itu harus mengembalikan harga pembelian dirinya sebesar jumlah gaji orang gaji selama tahun-tahun yang belum dijalaninya,
53. seolah-olah dia bekerja sebagai orang gaji. Tuannya tidak boleh memperlakukan dia dengan kasar.
54. Jika dia tidak dapat ditebus dengan salah satu cara itu, dia dan anak-anaknya mesti dibebaskan pada Tahun Pengembalian yang akan datang.
55. Seorang Israel tidak boleh menjadi abdi selama-lamanya, oleh sebab umat Israel ialah hamba TUHAN. Dia sudah membawa mereka keluar dari Mesir; Dialah TUHAN, Allah mereka.