Imamat 24:15-19 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Selepas itu beritahulah umat Israel bahawa sesiapa yang mengutuk Allah mesti menanggung akibatnya.

16. Orang itu mesti dihukum mati. Sesiapa sahaja yang mengutuk TUHAN, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di negeri Israel, mesti direjam sampai mati oleh semua orang Israel.

17. Sesiapa yang membunuh orang mesti dihukum mati,

18. dan sesiapa yang membunuh binatang orang lain mesti mengganti binatang orang itu. Dasarnya adalah nyawa ganti nyawa.

19. Apabila seseorang menyebabkan orang lain cedera, apa sahaja yang sudah dilakukannya harus dilakukan juga terhadap dia.

Imamat 24