Imamat 21:4-8 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Dia tidak boleh menajiskan diri dengan mengikuti upacara penguburan saudara mara isterinya.

5. Seorang imam tidak boleh membotakkan bahagian mana pun kepalanya, atau menggunting janggutnya, atau melukai tubuhnya untuk menunjukkan bahawa dia berkabung.

6. Seorang imam harus suci dan tidak boleh menghina nama-Ku. Dia mempersembahkan persembahan makanan kepada-Ku, kerana itu dia harus suci.

7. Seorang imam tidak boleh berkahwin dengan pelacur perempuan, atau perempuan yang bukan dara lagi, atau perempuan yang sudah bercerai, kerana imam dikhaskan untuk Aku.

8. Umat Israel harus mengakui imam sebagai orang yang dikhaskan bagi-Ku kerana imam mempersembahkan persembahan makanan kepada-Ku. Akulah TUHAN; Aku ini suci dan Aku menyucikan umat-Ku.

Imamat 21