Imamat 21:1-11-12 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN memerintah Musa menyampaikan perintah ini kepada imam-imam keturunan Harun, “Seorang imam tidak boleh menajiskan diri dengan mengikuti upacara penguburan seorang sanak saudaranya,

10. Imam Agung sudah ditahbiskan dengan menuangkan minyak upacara ke atas kepalanya, dan dengan mengenakan pakaian imam agung padanya. Oleh itu dia tidak boleh membiarkan rambutnya kusut, atau mengoyakkan pakaiannya untuk menunjukkan bahawa dia berkabung.

11-12. Dia sudah dikhaskan untuk Aku, oleh itu dia tidak boleh menajiskan diri. Dia tidak boleh meninggalkan Khemah-Ku lalu masuk ke rumah yang ada jenazah, walaupun jenazah itu jenazah bapa atau ibunya sendiri. Perbuatannya itu menajiskan Khemah-Ku.

Imamat 21