Imamat 20:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN menyuruh Musa

2. memberitahu umat Israel, “Sesiapa sahaja antara kamu, atau orang asing di kalangan kamu, yang mempersembahkan anaknya sebagai korban kepada Dewa Molokh, harus direjam sampai mati oleh segenap masyarakat.

3. Sesiapa yang mempersembahkan salah seorang anaknya kepada Dewa Molokh, menajiskan Khemah-Ku dan menghina nama-Ku yang suci. Aku akan menghukum dia dan tidak lagi menganggap dia sebagai anggota umat-Ku.

4. Tetapi jika masyarakat menutup mata terhadap perbuatan orang itu, dan tidak menjatuhkan hukuman mati ke atas orang itu,

5. maka Aku sendiri akan menghukum dia dan semua anggota keluarganya, dan juga semua orang yang bersama-sama dia meninggalkan Aku dan menyembah Dewa Molokh. Aku tidak lagi menganggap mereka sebagai umat-Ku.

6. Sesiapa yang minta nasihat daripada orang yang berhubung dengan roh-roh orang mati, akan Kuhukum dan tidak lagi Aku anggap sebagai anggota umat-Ku.

7. Jagalah supaya kamu tetap suci, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu.

8. Patuhilah hukum-Ku, kerana Akulah TUHAN yang mengekhaskan kamu untuk Aku.”

9. TUHAN memberikan peraturan berikut, “Sesiapa mengutuk bapanya atau ibunya mesti dihukum mati. Orang itu mati kerana kesalahannya sendiri.

10. Jika seorang Israel berzina dengan isteri orang sebangsanya, orang itu dan perempuan itu mesti dihukum mati.

Imamat 20