Imamat 18:4-17 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Patuhilah segala hukum-Ku dan lakukanlah apa yang Aku perintahkan. Akulah TUHAN, Allah kamu.

5. Turutilah segala hukum dan perintah yang Aku berikan kepada kamu. Orang yang melaksanakannya akan selamat. Akulah TUHAN.”

6. TUHAN memberikan peraturan-peraturan berikut. Jangan bersetubuh dengan saudara mara kamu.

7. Jangan hina bapa kamu dengan menyetubuhi ibu kamu. Jangan hina ibu kamu sendiri.

8. Jangan hina bapa kamu dengan menyetubuhi salah seorang isterinya.

9. Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada saudara sekandung ataupun saudara tiri, sama ada yang dibesarkan serumah dengan kamu ataupun yang dibesarkan di rumah lain.

10. Jangan bersetubuh dengan cucu perempuan kamu. Hal ini akan menghina diri kamu sendiri.

11. Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada yang sebapa lain ibu atau seibu lain bapa, kerana dia juga saudara kamu.

14. Jangan bersetubuh dengan isteri pak cik kamu; dia juga mak cik kamu.

15. Jangan bersetubuh dengan menantu perempuan kamu

16. atau dengan ipar perempuan kamu.

17. Jangan bersetubuh dengan anak perempuan atau cucu perempuan seorang wanita yang pernah bersetubuh dengan kamu. Mereka mungkin bersanak dengan kamu, dan hal itu perbuatan yang keji.

Imamat 18