Imamat 18:3-14 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Jangan ikut perbuatan orang di Mesir, negeri tempat kamu tinggal dahulu, dan jangan ikut perbuatan orang di Kanaan, tempat Aku sedang membawa kamu.

4. Patuhilah segala hukum-Ku dan lakukanlah apa yang Aku perintahkan. Akulah TUHAN, Allah kamu.

5. Turutilah segala hukum dan perintah yang Aku berikan kepada kamu. Orang yang melaksanakannya akan selamat. Akulah TUHAN.”

6. TUHAN memberikan peraturan-peraturan berikut. Jangan bersetubuh dengan saudara mara kamu.

7. Jangan hina bapa kamu dengan menyetubuhi ibu kamu. Jangan hina ibu kamu sendiri.

8. Jangan hina bapa kamu dengan menyetubuhi salah seorang isterinya.

9. Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada saudara sekandung ataupun saudara tiri, sama ada yang dibesarkan serumah dengan kamu ataupun yang dibesarkan di rumah lain.

10. Jangan bersetubuh dengan cucu perempuan kamu. Hal ini akan menghina diri kamu sendiri.

11. Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada yang sebapa lain ibu atau seibu lain bapa, kerana dia juga saudara kamu.

14. Jangan bersetubuh dengan isteri pak cik kamu; dia juga mak cik kamu.

Imamat 18