3. sama ada lelehan itu mengalir ataupun tertahan, orang itu najis.
4. Katil tempat lelaki itu duduk atau tidur juga najis.
5. Sesiapa yang menyentuh katil lelaki yang mengeluarkan lelehan itu,
6. ataupun duduk di atas apa sahaja yang sudah diduduki lelaki itu, mesti mencuci pakaiannya dan mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.
7. Sesiapa menyentuh lelaki yang mengeluarkan lelehan, mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan orang itu tetap najis sehingga matahari terbenam.
8. Jika lelaki yang mengeluarkan lelehan meludahi seseorang yang tahir, orang yang tahir itu mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.
9. Pelana atau apa sahaja yang diduduki lelaki yang mengeluarkan lelehan juga menjadi najis.
21-23. Sesiapa yang menyentuh katil perempuan itu atau apa sahaja yang sudah didudukinya, orang itu mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.
24. Jika seorang lelaki bersetubuh perempuan yang sedang haid, lelaki itu dicemari oleh kenajisan perempuan itu, maka lelaki itu pun menjadi najis selama tujuh hari. Setiap tempat tidur yang ditiduri lelaki itu juga menjadi najis.
25. Jika seorang perempuan mengalami pendarahan selama beberapa hari di luar masa haidnya, atau jika pendarahannya belum berhenti sesudah masa haidnya yang biasa, dia menjadi najis selama pendarahan itu, seperti pada masa dia haid.
26. Setiap tempat tidur yang ditidurinya, atau apa sahaja yang didudukinya pada masa itu pun menjadi najis.
27. Sesiapa yang menyentuh benda itu menjadi najis dan mesti mencuci pakaiannya dan mandi; orang itu tetap najis sehingga matahari terbenam.
28. Setelah pendarahan perempuan itu berhenti, dia harus menunggu selama tujuh hari, barulah dia tahir.
29. Pada hari kelapan, dia harus membawa dua ekor burung merpati atau dua ekor burung tekukur kepada imam di pintu Khemah TUHAN.
30. Imam itu akan mempersembahkan seekor daripada burung itu sebagai korban untuk mengampunkan dosa dan seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Dengan cara ini imam melakukan upacara penyucian bagi perempuan itu.