Imamat 15:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN memberikan peraturan-peraturan berikut kepada Musa dan Harun

2. untuk umat Israel. Apabila lelehan keluar daripada seseorang lelaki kerana penyakit kelamin, lelehan itu najis,

3. sama ada lelehan itu mengalir ataupun tertahan, orang itu najis.

4. Katil tempat lelaki itu duduk atau tidur juga najis.

5. Sesiapa yang menyentuh katil lelaki yang mengeluarkan lelehan itu,

6. ataupun duduk di atas apa sahaja yang sudah diduduki lelaki itu, mesti mencuci pakaiannya dan mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.

7. Sesiapa menyentuh lelaki yang mengeluarkan lelehan, mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan orang itu tetap najis sehingga matahari terbenam.

8. Jika lelaki yang mengeluarkan lelehan meludahi seseorang yang tahir, orang yang tahir itu mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.

21-23. Sesiapa yang menyentuh katil perempuan itu atau apa sahaja yang sudah didudukinya, orang itu mesti mencuci pakaiannya serta mandi, dan dia tetap najis sehingga matahari terbenam.

32-33. Demikianlah peraturan-peraturan tentang orang yang mengeluarkan lelehan kerana penyakit kelamin, dan tentang lelaki yang mengeluarkan mani, dan tentang perempuan yang sedang haid, dan tentang lelaki yang bersetubuh dengan perempuan yang najis.

Imamat 15