Imamat 13:1-16 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN memberikan peraturan-peraturan berikut kepada Musa dan Harun.

2. Jika seseorang mempunyai kudis, bisul, ataupun radang pada kulitnya, yang mungkin menjadi penyakit kulit yang mengerikan, dia harus dibawa menghadap imam keturunan Harun.

3. Imam itu akan memeriksa kudis orang itu, dan jika bulu roma di situ sudah menjadi putih dan kudis itu lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, kudis itu penyakit kulit yang mengerikan. Setelah imam memeriksa orang itu, dia harus mengumumkan bahawa orang itu najis.

4. Jika kudis itu putih tetapi tidak lebih dalam daripada kulit di sekelilingnya, dan bulu roma tidak menjadi putih, imam itu harus mengasingkan orang itu selama tujuh hari.

5. Pada hari ketujuh, imam harus memeriksa orang itu lagi, dan jika pada pendapat imam kudis itu masih sama keadaannya dan tidak merebak, dia harus mengasingkan orang itu selama tujuh hari lagi.

6. Pada hari ketujuh, imam harus memeriksa orang itu lagi. Jika kudisnya sudah mula sembuh dan tidak merebak, imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir. Orang itu harus mencuci pakaiannya lalu dia menjadi tahir. Kudis itu hanya kudis biasa.

7. Tetapi jika kudis orang itu merebak setelah imam memeriksanya dan mengumumkan bahawa dia tahir, orang itu harus menghadap imam lagi.

8. Imam itu harus memeriksa dia lagi, dan jika benar-benar kudis itu merebak, imam itu harus mengumumkan bahawa orang itu najis. Kudis itu penyakit kulit yang mengerikan.

9. Apabila seseorang menghidap penyakit kulit yang mengerikan, dia harus dibawa menghadap imam.

10. Imam itu akan memeriksa dia. Jika imam mendapati kudis pada kulit orang itu putih, bernanah dan bulu romanya putih,

11. kudis itu penyakit kulit yang teruk. Imam itu harus mengumumkan bahawa orang itu najis. Orang itu tidak perlu diasingkan kerana sudah nyata bahawa dia najis.

12. Jika penyakit kulit itu merebak dari kepala sampai ke kaki,

13. imam harus memeriksa orang itu lagi. Jika imam mendapati bahawa penyakit itu sudah benar-benar meliputi seluruh badan orang itu, imam harus mengumumkan bahawa orang itu tahir. Jika seluruh kulitnya sudah menjadi putih, orang itu tahir.

14. Tetapi sebaik sahaja kudis yang bernanah muncul, orang itu najis.

15. Imam harus memeriksa dia lagi, dan jika imam mendapati kudis orang itu bernanah, imam itu harus mengumumkan bahawa orang itu najis. Kudis yang bernanah adalah penyakit kulit yang mengerikan, dan orang itu najis.

16. Tetapi jika kudis itu sembuh dan menjadi putih semula, orang itu harus menghadap imam

Imamat 13