Imamat 11:8-34 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Jangan makan binatang-binatang itu, dan jangan sentuh bangkainya; binatang-binatang itu haram.

9. Kamu boleh makan semua jenis ikan yang mempunyai sirip dan sisik,

10. tetapi apa sahaja binatang yang hidup di dalam air dan yang tidak mempunyai sirip dan sisik, tidak boleh dimakan.

11. Binatang seperti itu mesti dianggap haram. Kamu tidak boleh memakannya ataupun menyentuh bangkainya.

12. Kamu tidak boleh makan binatang apa sahaja yang hidup di dalam air dan yang tidak mempunyai sirip dan sisik.

20. Semua serangga yang bersayap adalah haram,

21. kecuali serangga yang dapat melompat.

22. Kamu boleh makan belalang juta, jengkerik, dan belalang.

23. Tetapi semua serangga lain yang bersayap dan juga yang merayap mesti dianggap haram.

31. Seseorang yang menyentuh binatang itu atau bangkainya, akan menjadi najis sehingga matahari terbenam.

32. Jika bangkai binatang itu jatuh ke atas benda apa sahaja, benda itu pun menjadi najis; sama ada benda itu daripada kayu, kain, kulit, atau karung, tidak kira apa pun kegunaan benda-benda itu. Benda-benda itu harus dicelup ke dalam air, tetapi benda itu tetap najis sehingga matahari terbenam.

33. Jika bangkai itu jatuh ke dalam belanga, segala yang ada di dalamnya menjadi najis, dan belanga itu mesti dipecah.

34. Makanan apa sahaja yang biasanya boleh dimakan akan menjadi najis, jika kena air dari belanga itu, dan minuman yang di dalam belanga itu juga menjadi najis.

Imamat 11