45. Akulah TUHAN yang membawa kamu keluar dari Mesir, supaya Aku boleh menjadi Allah kamu. Hendaklah kamu suci kerana Aku suci.
46. Demikianlah peraturan-peraturan tentang binatang, burung, segala sesuatu yang hidup di dalam air, dan yang bergerak di atas tanah.
47. Berhati-hatilah membezakan apa yang halal dengan apa yang haram, binatang yang boleh dimakan dengan binatang yang tidak boleh dimakan.