Imamat 11:34-42 Alkitab Berita Baik (BM)

4-6. Tetapi kamu tidak boleh makan unta, landak batu, atau arnab. Binatang ini mesti dianggap haram kerana walaupun memamah biak, tetapi tidak berkuku belah.

34. Makanan apa sahaja yang biasanya boleh dimakan akan menjadi najis, jika kena air dari belanga itu, dan minuman yang di dalam belanga itu juga menjadi najis.

35. Apa sahaja yang dijatuhi bangkai itu menjadi najis. Jika benda itu ketuhar tanah atau dapur arang, benda itu harus dipecah.

36. Tetapi mata air dan perigi tidak menjadi najis, walaupun segala yang lain menjadi najis apabila terkena bangkai itu.

37. Jika salah satu bangkai itu terjatuh ke atas benih yang akan ditanam, benih itu tidak menjadi najis.

38. Tetapi jika benih itu sedang direndam di dalam air lalu salah satu bangkai itu terjatuh ke atasnya, benih itu menjadi najis.

39. Sesiapa menyentuh bangkai binatang yang halal akan menjadi najis sehingga matahari terbenam.

40. Sesiapa yang makan bahagian apa pun daripada bangkai binatang itu, mesti mencuci pakaiannya, tetapi dia akan tetap najis sehingga matahari terbenam. Sesiapa membawa bangkai itu mesti mencuci pakaiannya, tetapi dia akan tetap najis sehingga matahari terbenam.

41. Kamu tidak boleh makan binatang kecil yang bergerak di atas tanah,

42. baik binatang yang menjalar, yang berjalan dengan empat kaki, ataupun yang mempunyai banyak kaki.

Imamat 11