Imamat 11:33-45 Alkitab Berita Baik (BM)

4-6. Tetapi kamu tidak boleh makan unta, landak batu, atau arnab. Binatang ini mesti dianggap haram kerana walaupun memamah biak, tetapi tidak berkuku belah.

33. Jika bangkai itu jatuh ke dalam belanga, segala yang ada di dalamnya menjadi najis, dan belanga itu mesti dipecah.

34. Makanan apa sahaja yang biasanya boleh dimakan akan menjadi najis, jika kena air dari belanga itu, dan minuman yang di dalam belanga itu juga menjadi najis.

35. Apa sahaja yang dijatuhi bangkai itu menjadi najis. Jika benda itu ketuhar tanah atau dapur arang, benda itu harus dipecah.

36. Tetapi mata air dan perigi tidak menjadi najis, walaupun segala yang lain menjadi najis apabila terkena bangkai itu.

37. Jika salah satu bangkai itu terjatuh ke atas benih yang akan ditanam, benih itu tidak menjadi najis.

38. Tetapi jika benih itu sedang direndam di dalam air lalu salah satu bangkai itu terjatuh ke atasnya, benih itu menjadi najis.

39. Sesiapa menyentuh bangkai binatang yang halal akan menjadi najis sehingga matahari terbenam.

40. Sesiapa yang makan bahagian apa pun daripada bangkai binatang itu, mesti mencuci pakaiannya, tetapi dia akan tetap najis sehingga matahari terbenam. Sesiapa membawa bangkai itu mesti mencuci pakaiannya, tetapi dia akan tetap najis sehingga matahari terbenam.

41. Kamu tidak boleh makan binatang kecil yang bergerak di atas tanah,

42. baik binatang yang menjalar, yang berjalan dengan empat kaki, ataupun yang mempunyai banyak kaki.

43. Jangan najiskan diri kamu dengan memakan salah satu binatang itu.

44. Akulah TUHAN, Allah kamu; berhati-hatilah agar kamu tetap suci, kerana Aku suci.

45. Akulah TUHAN yang membawa kamu keluar dari Mesir, supaya Aku boleh menjadi Allah kamu. Hendaklah kamu suci kerana Aku suci.

Imamat 11