Ibrani 12:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Janganlah lupa akan nasihat Allah, yang diberikan kepada kamu sebagai anak-anak-Nya:“Hai anak-Ku, perhatikan baik-baik apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu,dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu.

6. Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya,dan menghukum setiap orang yang diakui-Nya sebagai anak.”

7. Hendaklah penderitaan yang kamu tanggung dianggap sebagai hukuman daripada seorang bapa. Penderitaan kamu membuktikan bahawa Allah memperlakukan kamu sebagai anak-anak-Nya. Pernahkah seorang anak tidak dihukum oleh bapanya?

8. Jika kamu tidak dihukum seperti semua anak-Nya yang lain, hal ini bererti kamu bukan anak sah, tetapi anak haram.

Ibrani 12