Ibrani 11:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Beriman bererti yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat.

2. Kerana beriman, nenek moyang kita diperkenankan oleh Allah.

3. Kerana beriman, kita mengerti bahawa alam ini diciptakan oleh firman Allah, maka apa yang dapat dilihat dijadikan daripada apa yang tidak dapat dilihat.

Ibrani 11