Hosea 7:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman, “Setiap kali Aku hendak menyembuhkan umat-Ku Israel dan memulihkan kemakmuran mereka, Aku hanya melihat kekejaman dan kejahatan yang dilakukan mereka. Mereka saling menipu, memasuki rumah orang untuk mencuri, dan mereka merompak orang di jalan-jalan.

2. Tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka bahawa Aku akan mengingat segala perbuatan jahat itu. Mereka diliputi dosa sehingga Aku melihatnya dengan jelas.”

3. TUHAN berfirman, “Dengan tipu daya dan perbuatan jahat, rakyat cuba menyenangkan hati raja dan pegawai-pegawainya.

4. Mereka semua kejam dan tidak setia. Kebencian mereka seperti api di dalam ketuhar, yang tidak dikobarkan oleh si pembuat roti sebelum adunan siap untuk dibakar.

Hosea 7