Hosea 6:3-8 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Marilah kita berusaha untuk mengenal TUHAN. Dia pasti akan datang kepada kita seperti fajar menyingsing, dan seperti hujan yang membasahi bumi pada musim bunga.”

4. Tetapi TUHAN berfirman, “Hai Israel dan Yehuda, apakah yang harus Aku lakukan terhadap kamu? Kasih kamu terhadap Aku cepat hilang seperti kabus atau embun pada waktu pagi-pagi.

5. Oleh itu Aku mengutus nabi-nabi-Ku untuk menyampaikan perkhabaran-Ku kepada kamu bahawa kamu harus dihukum dan dibinasakan. Yang Aku inginkan daripada kamu sudah nyata dan jelas.

6. Aku lebih ingin kamu mengasihi Aku daripada kamu mempersembahkan korban kepada-Ku. Aku lebih suka kamu mengenal Aku daripada membakar korban untuk-Ku.

7. Tetapi sebaik sahaja kamu menduduki tanah di Adam, kamu memungkiri perjanjian-Ku dengan kamu.

8. Gilead merupakan kota yang penuh dengan penjahat dan pembunuh.

Hosea 6