Hosea 6:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Umat Israel berkata, “Marilah kita kembali kepada TUHAN. Dia telah menyakiti kita, tetapi tentu Dia akan menyembuhkan kita pula. Dia telah melukai kita, tetapi tentu Dia akan membalut luka-luka kita.

2. Selepas dua atau tiga hari Dia akan menyembuhkan kita dan kita akan hidup di hadirat-Nya.

3. Marilah kita berusaha untuk mengenal TUHAN. Dia pasti akan datang kepada kita seperti fajar menyingsing, dan seperti hujan yang membasahi bumi pada musim bunga.”

4. Tetapi TUHAN berfirman, “Hai Israel dan Yehuda, apakah yang harus Aku lakukan terhadap kamu? Kasih kamu terhadap Aku cepat hilang seperti kabus atau embun pada waktu pagi-pagi.

5. Oleh itu Aku mengutus nabi-nabi-Ku untuk menyampaikan perkhabaran-Ku kepada kamu bahawa kamu harus dihukum dan dibinasakan. Yang Aku inginkan daripada kamu sudah nyata dan jelas.

6. Aku lebih ingin kamu mengasihi Aku daripada kamu mempersembahkan korban kepada-Ku. Aku lebih suka kamu mengenal Aku daripada membakar korban untuk-Ku.

7. Tetapi sebaik sahaja kamu menduduki tanah di Adam, kamu memungkiri perjanjian-Ku dengan kamu.

Hosea 6