Hosea 14:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Samaria harus dihukum kerana memberontak terhadap Aku. Rakyatnya akan mati dalam peperangan. Bayi akan dihempaskan sehingga hancur, dan perut wanita hamil dibelah.”

2. Kembalilah kepada TUHAN, Allah kamu, hai orang Israel. Dosa kamu telah menyebabkan kamu tergelincir dan jatuh.

3. Kembalilah kepada TUHAN, dan biarlah doa ini menjadi persembahan kamu kepada-Nya: “Ampunkanlah segala dosa kami, ya TUHAN, dan terimalah doa kami. Lalu kami akan memuji Engkau sebagaimana yang telah kami janjikan.

4. Negeri Asyur tidak akan dapat menyelamatkan kami. Kereta kuda pun tidak dapat melindungi kami. Kami tidak akan berkata lagi kepada berhala bahawa berhala-berhala itu Allah kami. Ya TUHAN, Engkau mengasihani orang yang tidak mempunyai sesiapa pun yang dapat diharapkan.”

Hosea 14