Hosea 13:9-13 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Aku akan membinasakan kamu, hai orang Israel! Siapakah yang dapat menolong kamu?

10. Kamu meminta raja dan pemimpin, tetapi dapatkah mereka menyelamatkan bangsa ini?

11. Dengan murka Aku memberi kamu raja-raja, tetapi dengan geram Aku telah mengambil mereka pergi.

12. Dosa dan kesalahan Israel telah dicatat, dan catatannya disimpan.

13. Israel mempunyai peluang untuk hidup, tetapi Israel sangat bodoh sehingga tidak menggunakan peluang itu. Israel seperti bayi yang hampir lahir tetapi tidak mahu keluar dari rahim ibu.

Hosea 13