Hosea 12:13-15 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Nenek moyang kita, Yakub, terpaksa lari ke negeri Mesopotamia. Di sana dia bekerja bagi orang lain sebagai gembala domba untuk mendapat isteri.

14. TUHAN mengutus seorang nabi untuk membebaskan orang Israel daripada perhambaan di Mesir, dan untuk menjaga mereka.

15. Orang Israel membuat TUHAN amat murka; mereka patut dihukum mati kerana kejahatan mereka. TUHAN akan menghukum mereka kerana mereka menghina Dia.

Hosea 12