1. TUHAN berfirman,“Aku mengasihi Israel sejak dia masih kecil;Aku memanggil anak-Ku keluar dari Mesir.
2. Tetapi semakin Aku memanggil mereka,semakin mereka menjauhi Aku.Umat-Ku mempersembahkan korban kepada Baal;mereka membakar kemenyan kepada berhala-berhala.
3. Padahal Akulah yang mengajar Israel berjalan.Aku memeluk umat-Ku dengan kasih sayang;Aku memelihara merekatetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat itu.
4. Aku mendekatkan merekadengan penuh kasih sayang.Aku mendukung dan mencium mereka,Aku membongkok dan memberi mereka makan.
5. Mereka tidak mahu kembali kepada-Ku. Oleh itu mereka mesti kembali ke Mesir, dan bangsa Asyur akan memerintah mereka.
6. Peperangan akan melanda kota-kota mereka, dan pintu gerbang kota akan dirobohkan. Umat-Ku akan dimusnahkan kerana mereka menurut kemahuan mereka sendiri.