1. Pada suatu hari, Abimelekh anak Gideon pergi ke kota Sikhem, tempat kaum keluarga ibunya. Di sana dia menyuruh mereka
2. bertanya kepada penduduk Sikhem, “Yang manakah lebih baik? Diperintah oleh tujuh puluh orang anak lelaki Gideon atau oleh seorang saja? Ingatlah bahawa Abimelekh masih ada hubungan darah dengan kamu.”
3. Saudara mara ibu Abimelekh merundingkan hal itu dengan penduduk Sikhem bagi Abimelekh. Kemudian penduduk Sikhem mengambil keputusan untuk mengikut Abimelekh, kerana Abimelekh masih ada hubungan darah dengan mereka.
4. Mereka memberi Abimelekh tujuh puluh keping perak dari kuil Baal-Berit. Dengan wang itu Abimelekh mengupah segerombolan orang jahat untuk bergabung dengannya.
5. Selepas itu dia pergi ke rumah bapanya di Ofra. Di sana, di atas sebuah batu dia membunuh tujuh puluh orang anak lelaki Gideon, saudara-saudaranya itu. Tetapi Yotam, anak bongsu Gideon, menyembunyikan diri sehingga tidak terbunuh.
6. Kemudian penduduk Sikhem dan Bet-Milo berkumpul. Mereka pergi ke bawah pokok oak, iaitu pokok keramat di Sikhem, lalu menabalkan Abimelekh menjadi raja.