6. Pada zaman Samgar anak Anat,pada zaman Yael juga,kafilah tidak lagi melintasi negeri,pengembara mengikut jalan samping.
7. Kota-kota di Israel ditinggalkan, hai Debora,sunyi sepi sehingga engkau datang;engkau datang sebagai ibu umat Israel.
8. Kemudian perang berlaku di dalam negeriapabila orang Israel mula menyembah dewa.Tiada satu pun senjata yang diangkatoleh empat puluh ribu orang Israel.
9. Aku bangga dengan para panglima Israeldan dengan rakyat yang rela berjuang.Pujilah TUHAN!
10. Isytiharkanlah hal itu, hai kamu yang menunggang keldai putih,kamu yang duduk di atas pelana,dan kamu yang berjalan kaki.
11. Dengarlah! Orang ramai di sekeliling perigisedang memberitakan kemenangan TUHAN,kemenangan umat Israel!Kemudian umat TUHAN berarak turun dari kota-kota mereka.
12. Bangkitlah, hai Debora, bangkitlah!Bangkitlah, dan bernyanyilah!Bangunlah, hai Barak anak Abinoam!Giringlah orang tawananmu!
13. Kemudian para bangsawan yang tertinggal datang kepada pemimpin mereka;umat TUHAN datang kepada-Nya, siap untuk berjuang.
14. Mereka datang dari Efraim ke lembah,mengikuti suku Benyamin yang berjalan di hadapan.Para panglima datang dari Makhir,para pegawai tentera dari Zebulon.
15. Para pemimpin suku Isakhar datang bersama dengan Debora,pemimpin suku Isakhar datang dan Barak pun turut serta.Mereka mengikuti dia sampai ke lembah.Tetapi suku Ruben terbahagi-bahagi,mereka tidak sepakat untuk datang.
16. Mengapakah mereka tidak mahu ikut, dan tinggal dengan domba?Adakah untuk mendengarkan gembala memanggil domba?Sesungguhnya suku Ruben terbahagi-bahagi,mereka tidak sepakat untuk datang.
17. Suku Gad tinggal di sebelah timur Sungai Yordan,suku Dan tinggal berhampiran kapal-kapal.Suku Asyer tinggal di sepanjang pantai;mereka tetap tinggal di situ.
18. Tetapi suku Zebulon dan suku Naftalimempertaruhkan nyawa di medan perang.
19. Di Taanakh, dekat sungai di Megido,raja-raja datang untuk berperang;raja-raja Kanaan berjuang,tetapi mereka tidak mengambil perak sebagai jarahan.