11. Dengarlah! Orang ramai di sekeliling perigisedang memberitakan kemenangan TUHAN,kemenangan umat Israel!Kemudian umat TUHAN berarak turun dari kota-kota mereka.
12. Bangkitlah, hai Debora, bangkitlah!Bangkitlah, dan bernyanyilah!Bangunlah, hai Barak anak Abinoam!Giringlah orang tawananmu!
13. Kemudian para bangsawan yang tertinggal datang kepada pemimpin mereka;umat TUHAN datang kepada-Nya, siap untuk berjuang.
14. Mereka datang dari Efraim ke lembah,mengikuti suku Benyamin yang berjalan di hadapan.Para panglima datang dari Makhir,para pegawai tentera dari Zebulon.
15. Para pemimpin suku Isakhar datang bersama dengan Debora,pemimpin suku Isakhar datang dan Barak pun turut serta.Mereka mengikuti dia sampai ke lembah.Tetapi suku Ruben terbahagi-bahagi,mereka tidak sepakat untuk datang.
16. Mengapakah mereka tidak mahu ikut, dan tinggal dengan domba?Adakah untuk mendengarkan gembala memanggil domba?Sesungguhnya suku Ruben terbahagi-bahagi,mereka tidak sepakat untuk datang.
17. Suku Gad tinggal di sebelah timur Sungai Yordan,suku Dan tinggal berhampiran kapal-kapal.Suku Asyer tinggal di sepanjang pantai;mereka tetap tinggal di situ.
18. Tetapi suku Zebulon dan suku Naftalimempertaruhkan nyawa di medan perang.
19. Di Taanakh, dekat sungai di Megido,raja-raja datang untuk berperang;raja-raja Kanaan berjuang,tetapi mereka tidak mengambil perak sebagai jarahan.
20. Dari tempat peredaran bintang di angkasa,bintang turut berjuang melawan Sisera.
21. Air deras Sungai Kison menghanyutkan musuh.Aku akan terus maju dengan kekuatan!
22. Lalu kuda menderap dengan laju,menghentam-hentam dengan telapak.
23. “Kutuklah Meros,” sabda malaikat TUHAN,“kutuklah, kutuklah penduduk di sana.Mereka tidak datang memberikan bantuansebagai pahlawan yang berjuang untuk TUHAN.”
24. Diberkatilah Yael,isteri Heber, orang Keni itu.Dialah wanita yang paling diberkatidi kalangan semua wanita yang tinggal di khemah.
25. Sisera meminta air, tetapi Yael memberi dia susu,Yael memberi dia susu pekat di dalam cawan yang cantik.