12. Apabila Sisera mendengar bahawa Barak anak Abinoam telah pergi ke Gunung Tabor,
13. dia mengumpulkan sembilan ratus buah kereta kudanya yang dibuat daripada besi, bersama dengan seluruh tenteranya, lalu dia membawa mereka dari Haroset-Hagoyim ke Sungai Kison.
14. Kemudian Debora berkata kepada Barak, “Majulah! TUHAN menyertai kamu! Pada hari ini TUHAN telah memberi kamu kemenangan atas Sisera.” Oleh itu Barak turun dari Gunung Tabor bersama dengan sepuluh ribu orangnya.