Hakim-Hakim 2:3-19 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Oleh itu, sekarang dengarlah! Aku tidak akan mengusir penduduk negeri ini ketika kamu menyerang mereka. Mereka akan menjadi musuh kamu, dan kamu akan terperangkap sehingga kamu turut menyembah dewa-dewa mereka.”

4. Setelah malaikat itu berfirman demikian, semua orang Israel menangis dengan kuat.

5. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Bokhim. Di situ mereka mempersembahkan korban kepada TUHAN.

6. Selepas Yosua menyuruh umat Israel pergi, mereka pun berangkat ke tanah bahagian mereka masing-masing untuk mendudukinya.

7. Selama Yosua hidup, umat Israel mengabdi kepada TUHAN. Setelah Yosua meninggal, umat Israel tetap mengabdi kepada TUHAN selama mereka dipimpin oleh para pemimpin Israel yang telah menyaksikan perbuatan besar TUHAN untuk umat Israel.

8. Yosua anak Nun, hamba TUHAN itu meninggal ketika berumur seratus sepuluh tahun.

9. Dia dikebumikan di tanah miliknya sendiri, di Timnat-Serah, di perbukitan Efraim, di sebelah utara Gunung Gaas.

10. Kemudian semua orang Israel daripada generasi itu meninggal. Generasi yang baru tidak mengenal TUHAN kerana mereka tidak mengalami apa yang telah dilakukan oleh TUHAN untuk Israel.

15. Tiap-tiap kali mereka pergi berperang, TUHAN menentang mereka, seperti yang sudah diperingatkan-Nya kepada mereka. Mereka mengalami kesusahan yang sangat besar.

16. Berulang kali TUHAN memberi bangsa Israel pemimpin untuk membebaskan mereka daripada gerombolan perompak.

17. Tetapi orang Israel tidak mempedulikan para pemimpin itu. Mereka tidak setia kepada TUHAN; mereka menyembah tuhan-tuhan lain. Nenek moyang mereka taat kepada perintah TUHAN, tetapi generasi baru itu tidak berbuat demikian.

18. Apabila TUHAN memberi mereka seorang pemimpin, TUHAN menolong pemimpin itu dan menyelamatkan mereka daripada musuh selama pemimpin itu hidup. TUHAN mengasihani mereka apabila mereka mengeluh kerana dianiaya dan ditindas.

19. Tetapi selepas pemimpin itu meninggal, umat Israel berkelakuan lebih jahat daripada generasi yang sebelumnya. Mereka menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Mereka kembali kepada kebiasaan-kebiasaan yang jahat dan tidak mahu mengubah kelakuan mereka.

Hakim-Hakim 2