Hakim-Hakim 19:6-22 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Oleh itu orang Lewi itu duduk, lalu makan dan minum bersama-sama bapa perempuan itu. Kemudian bapa perempuan itu berkata, “Tinggallah semalam lagi dan bersenang-senanglah.”

7. Orang Lewi itu bangun hendak berangkat, tetapi bapa perempuan itu mendesak supaya dia tinggal. Oleh itu orang Lewi itu tinggal semalam lagi.

8. Pada hari kelima, orang Lewi itu bangun pagi-pagi lagi hendak berangkat. Tetapi bapa perempuan itu berkata, “Makanlah dahulu. Nantilah berangkat.” Oleh itu mereka berdua makan bersama-sama dan berlambat-lambat sampai matahari mulai terbenam.

9. Apabila orang Lewi itu, gundiknya, dan hambanya hendak berangkat, bapa perempuan itu berkata, “Lihatlah, hari sudah hampir malam. Lebih baik kamu bermalam di sini dan bersenang-senang. Esok kamu boleh bangun pagi-pagi dan berangkat pulang.”

14. Oleh itu mereka melalui Yebus dan meneruskan perjalanan. Matahari telah terbenam ketika mereka tiba di Gibea, di wilayah suku Benyamin.

15. Mereka singgah di kota itu kerana hendak menginap di sana. Mereka duduk di lapangan kota, tetapi tiada sesiapa pun yang menjemput mereka bermalam di rumah.

16. Sementara mereka duduk di lapangan kota, datanglah seorang tua yang baru pulang dari pekerjaannya di ladang. Orang tua itu berasal dari perbukitan Efraim tetapi sekarang dia tinggal di Gibea. (Kebanyakan penduduk di situ orang suku Benyamin.)

17. Apabila orang tua itu nampak orang Lewi itu di lapangan kota, dia bertanya kepadanya, “Kamu dari mana dan kamu hendak ke mana?”

18. Orang Lewi itu menjawab, “Kami baru datang dari Betlehem di Yehuda dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di pedalaman perbukitan Efraim. Saya berasal dari sana. Tiada sesiapa pun yang hendak memberi kami penginapan di kota ini.

19. Kami mempunyai cukup bekalan. Kami ada jerami dan makanan untuk keldai kami, dan juga roti serta wain untuk gundik dan hamba saya.”

20. Orang tua itu berkata, “Silalah datang ke rumah saya! Saya akan memenuhi segala keperluan saudara-saudara. Janganlah bermalam di lapangan kota.”

21. Kemudian dia membawa mereka ke rumahnya dan memberi keldai-keldai mereka makanan. Setelah tetamunya mencuci kaki, mereka makan dan minum.

22. Sedang mereka bersuka-suka, tiba-tiba beberapa orang yang sumbang laku dari kota itu mengepung rumah itu, lalu mula memukul-mukul pintu. Mereka berkata kepada orang tua itu, “Serahkanlah lelaki yang di rumahmu itu. Kami hendak memburit dengan dia!”

Hakim-Hakim 19