Hakim-Hakim 19:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pada masa Israel belum mempunyai raja, ada seorang Lewi yang tinggal di pedalaman kawasan perbukitan Efraim. Dia mempunyai seorang gundik yang berasal dari Betlehem di Yehuda.

2. Tetapi kemudian gundiknya itu marah terhadapnya, lalu dia kembali ke rumah bapanya di Betlehem. Setelah perempuan itu tinggal di sana selama empat bulan,

3. orang Lewi itu pergi menyusul gundiknya dan cuba memujuk dia kembali kepadanya. Orang Lewi itu membawa seorang hamba dan dua ekor keldai bersama-samanya. Setiba di sana, gundiknya itu membawa dia kepada bapanya. Ketika bapa perempuan itu nampak orang Lewi itu, dia menyambutnya dengan mesra,

10-11. Tetapi orang Lewi itu tidak mahu menginap lagi. Dia dan gundiknya berangkat, bersama-sama hambanya dan dua ekor keldainya yang berpelana. Ketika hari hampir malam, mereka sampai dekat Yebus (iaitu Yerusalem). Oleh itu hambanya berkata kepadanya, “Tuan, marilah kita berhenti dan menginap di kota orang Yebusi ini.”

12-13. Tetapi tuannya berkata, “Tidak! Kita tidak akan berhenti di kota orang bukan Israel. Kita akan meneruskan perjalanan sedikit lagi dan menginap di Gibea atau Rama.”

Hakim-Hakim 19