3. Tetapi Simson tidak tidur sampai pagi. Pada tengah malam dia bangun lalu pergi ke pintu gerbang kota. Dia mencabut pintu itu seluruhnya dengan tiang-tiang dan palang-palangnya. Kemudian dia memikul semuanya dan membawanya ke puncak bukit yang berhadapan dengan Hebron.
4. Selepas itu Simson jatuh cinta kepada seorang perempuan yang bernama Delila, yang tinggal di Lembah Sorek.
5. Lima orang raja Filistin datang kepada Delila dan berkata, “Pujuklah Simson untuk memberitahu kamu rahsia kekuatannya, dan caranya untuk menghilangkan kekuatannya supaya kami dapat datang untuk mengikat dia, dan mengalahkannya. Nanti tiap-tiap orang daripada kami akan memberi kamu 1,100 keping wang perak.”
6. Oleh sebab itu Delila berkata kepada Simson, “Simson, apa sebabnya engkau begitu kuat? Dengan apakah engkau harus diikat supaya hilang kekuatanmu? Cuba beritahukan rahsianya!”
7. Simson menjawab, “Jika aku diikat dengan tujuh utas tali busur yang baru dan yang belum kering, aku akan menjadi lemah seperti orang biasa.”
8. Oleh itu raja-raja Filistin itu memberi Delila tujuh utas tali busur yang baru dan yang belum kering. Delila mengikat Simson dengan tali busur itu.
9. Sementara itu, Delila menyuruh beberapa orang Filistin menunggu di bilik yang lain. Kemudian dia berteriak, “Simson! Orang Filistin datang!” Langsung Simson memutuskan tali-tali busur itu seperti benang kena api. Mereka masih belum mengetahui rahsia kekuatan Simson.
24-25. Sementara bersukaria, raja-raja bertitah, “Panggillah Simson dan suruh dia menghibur kita!” Mereka membawa Simson keluar dari penjara lalu menyuruh dia menghibur mereka. Mereka menyuruh dia berdiri di antara dua batang tiang yang besar. Apabila orang ramai nampak Simson, mereka memuji dewa mereka dan bernyanyi, “Dewa kita telah memberi kita kemenangan atas musuh yang merosakkan negeri kita dan membunuh begitu banyak orang kita!”
26. Simson berkata kepada budak lelaki yang memimpin tangannya, “Letakkanlah tanganku pada tiang-tiang yang menyangga bangunan ini. Aku hendak bersandar padanya.”
27. Bangunan itu penuh sesak dengan lelaki dan perempuan. Kelima-lima orang raja Filistin itu berada di sana. Di bumbung bangunan itu ada kira-kira tiga ribu orang lelaki dan perempuan. Mereka semuanya menonton Simson yang menghibur mereka.
28. Kemudian Simson berdoa, “Ya TUHAN Raja, ingatlah akan aku. Tolonglah aku hanya sekali ini, ya Allah. Berilah aku kekuatanku semula supaya dengan tindakan ini aku dapat membalas dendamku terhadap bangsa Filistin yang telah mencungkil kedua-dua biji mataku.”
29. Selepas itu Simson memegang kedua-dua batang tiang yang menyangga bangunan itu. Sambil meletakkan tangan kirinya pada tiang yang satu dan tangan kanannya pada tiang yang lain,