Hakim-Hakim 14:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pada suatu hari Simson pergi ke Timna, lalu di sana dia nampak seorang gadis Filistin.

2. Simson pulang ke rumah lalu memberitahu ibu bapanya. Katanya, “Saya tertarik kepada seorang gadis Filistin. Pinanglah dia untuk saya. Saya hendak mengahwininya.”

3. Tetapi ibu bapa Simson berkata kepadanya, “Mengapa engkau harus memilih isteri di kalangan orang Filistin, sedangkan mereka tidak tergolong umat Allah? Tidak dapatkah engkau mencari seorang gadis daripada puak kita sendiri, atau di kalangan seluruh bangsa kita?”Simson menjawab bapanya, “Gadis Filistin itulah yang saya suka. Saya mahu ayah meminang dia untuk saya.”

Hakim-Hakim 14