Hakim-Hakim 13:8-22 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Kemudian Manoah berdoa kepada TUHAN, “Ya TUHAN, semoga Engkau mengutus hamba-Mu itu datang lagi kepada kami, dan memberitahu kami apa yang mesti kami lakukan terhadap anak itu selepas dia lahir.”

9. Allah mengabulkan permohonan Manoah. Malaikat Allah itu datang lagi kepada isteri Manoah ketika dia di ladang. Pada masa itu Manoah tidak bersama-sama isterinya.

10. Perempuan itu lari dengan tergesa-gesa dan memberitahu suaminya, “Lihatlah, orang yang datang kepadaku dahulu sudah datang lagi.”

11. Manoah segera mengikut isterinya. Dia mendekati orang itu dan bertanya, “Tuankah yang membawa berita kepada isteri saya dahulu?”“Ya,” jawabnya.

12. Kemudian Manoah bertanya, “Jika apa yang tuan katakan itu berlaku kelak, apakah yang harus dilakukan oleh anak itu? Bagaimanakah cara hidupnya nanti?”

13. Malaikat TUHAN itu menjawab, “Hendaklah isterimu memperhatikan pesanku.

14. Dia tidak boleh makan apa-apa pun yang berasal dari pokok anggur; dia tidak boleh minum wain atau minuman keras, ataupun makan makanan haram. Dia mesti melakukan segala pesanku.”

17. Manoah berkata, “Siapakah nama tuan, supaya kami dapat menghormati tuan apabila hal yang tuan katakan itu berlaku.”

18. Malaikat TUHAN itu bertanya, “Mengapa engkau hendak tahu namaku? Namaku itu nama yang mengagumkan.”

19. Oleh itu Manoah mengambil seekor anak kambing dan korban untuk mengucap syukur, lalu meletakkannya di atas batu dan mempersembahkannya kepada TUHAN, iaitu TUHAN yang melakukan perkara yang mengagumkan.

22. Manoah berkata kepada isterinya, “Kita pasti akan mati, kerana kita telah nampak Allah!”

Hakim-Hakim 13