1. Umat Israel berdosa lagi terhadap TUHAN, lalu TUHAN membiarkan orang Filistin menguasai mereka selama empat puluh tahun.
2. Pada masa itu, ada seorang lelaki bernama Manoah, yang berasal dari kota Zora. Dia seorang daripada suku Dan. Isterinya mandul.
3. Pada suatu hari, malaikat TUHAN menampakkan diri kepada isteri Manoah dan berkata, “Selama ini engkau tidak mempunyai anak, tetapi tidak lama lagi engkau akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.
4. Oleh itu jagalah dirimu baik-baik. Jangan minum wain atau minuman keras, dan jangan makan makanan haram.
15-16. Manoah tidak tahu bahawa yang berkata-kata dengannya itu malaikat TUHAN. Oleh itu dia berkata kepadanya, “Sudilah menunggu sebentar. Kami akan memasak kambing muda untuk tuan.”Tetapi malaikat itu berkata, “Walaupun aku menunggu di sini, aku tidak akan makan hidanganmu itu. Tetapi jika engkau hendak menyediakannya juga, persembahkan makanan itu sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN.”
20-21. Sedang nyala api naik ke atas dari mazbah itu, Manoah dan isterinya nampak malaikat TUHAN menuju ke langit di dalam nyala api itu. Barulah Manoah sedar bahawa yang dilihatnya ialah malaikat TUHAN. Kemudian dia dan isterinya sujud menyembah. Mereka tidak pernah nampak malaikat itu lagi.