Hagai 2:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pada hari kedua puluh satu bulan ketujuh pada tahun itu juga, TUHAN berfirman lagi melalui Nabi Hagai.

2. TUHAN menyuruh Hagai menyampaikan perkhabaran berikut kepada Zerubabel, gabenor Yehuda itu, Imam Agung Yosua, dan rakyat,

3. “Adakah sesiapa antara kamu yang masih ingat betapa cantiknya Rumah-Ku dahulu? Sekarang bagaimana keadaannya, menurut pendapat kamu? Mungkin kelihatannya tidak menarik sama sekali.

4. Tetapi janganlah seorang pun putus asa! Teruskanlah pekerjaan itu, kerana Aku menyertai kamu.

5. Ketika kamu keluar dari Mesir, Aku telah berjanji untuk selalu menyertai kamu. Sekarang pun Aku masih menyertai kamu. Oleh itu, kamu tidak perlu takut.

Hagai 2