Galatia 5:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Aku berharap supaya semua orang yang mengacau fikiran kamu memisahkan diri daripada jemaah Kristian.

13. Saudara-saudaraku, kamu sudah dipanggil untuk menjadi orang bebas. Tetapi janganlah jadikan kebebasan itu alasan untuk membiarkan diri dikuasai oleh hawa nafsu. Sebaliknya, kamu harus saling mengasihi dan saling menolong,

14. kerana segenap Taurat tersimpul dalam satu perintah ini: “Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”

Galatia 5