9. Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya,dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain.
10. Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga,dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia.
11. Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan;dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.
12. Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah,
13. kerana Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya.
14. Lakukanlah segala sesuatu tanpa bersungut-sungut atau bertengkar.
17. Mungkin aku akan dibunuh dan darahku menjadi seperti persembahan yang dicurahkan di atas korban yang kamu persembahkan kepada Allah, sebagai tanda bahawa kamu percaya kepada-Nya. Jika demikian, aku bersyukur dan bersukacita dengan kamu semua.
18. Begitu juga kamu harus bersukacita kerana apa yang akan berlaku dan turut bergembira denganku.
19. Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan Yesus, aku dapat segera mengutus Timotius kepada kamu, supaya berita tentang kamu boleh menenteramkan hatiku.
20. Timotius satu-satunya orang yang sehati denganku, dan dia benar-benar mengambil berat tentang kamu.
21. Semua orang lain sibuk mengurus kepentingan sendiri dan bukan kepentingan Yesus Kristus.
22. Kamu sendiri tahu bahawa Timotius sudah membuktikan betapa baik keperibadiannya. Aku dan Timotius sama seperti bapa dengan anak, yang sudah bekerja bersama-sama untuk menyebarkan Berita Baik.
23. Oleh itu aku bercadang mengutus dia kepada kamu, sebaik sahaja aku mengetahui apa yang akan berlaku kepadaku.
24. Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan, aku sendiri akan dapat mengunjungi kamu tidak lama lagi.