2. Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama.
3. Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri.
4. Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri.
5. Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus:
6. Sebenarnya Dia ilahi,tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya.
7. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya,lalu menjadi seperti seorang hamba.Dia datang sebagai manusia,dan hidup seperti manusia.
8. Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati -iaitu mati di atas salib.
9. Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya,dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain.
15-16. Dengan demikian kamu menunjukkan ketulusan dan kemurnian sebagai anak-anak Allah yang tidak bercela, yang hidup di kalangan orang jahat dan berdosa. Ketika kamu menyampaikan berita yang memberikan hidup yang sejati, kamu harus bersinar antara mereka seperti bintang menerangi langit. Jika kamu berbuat demikian, aku mempunyai alasan untuk berbangga dengan kamu pada Hari Kristus datang kembali. Hal itu membuktikan bahawa segala usaha dan jerih payahku tidak sia-sia.
17. Mungkin aku akan dibunuh dan darahku menjadi seperti persembahan yang dicurahkan di atas korban yang kamu persembahkan kepada Allah, sebagai tanda bahawa kamu percaya kepada-Nya. Jika demikian, aku bersyukur dan bersukacita dengan kamu semua.
18. Begitu juga kamu harus bersukacita kerana apa yang akan berlaku dan turut bergembira denganku.
19. Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan Yesus, aku dapat segera mengutus Timotius kepada kamu, supaya berita tentang kamu boleh menenteramkan hatiku.
20. Timotius satu-satunya orang yang sehati denganku, dan dia benar-benar mengambil berat tentang kamu.
21. Semua orang lain sibuk mengurus kepentingan sendiri dan bukan kepentingan Yesus Kristus.
22. Kamu sendiri tahu bahawa Timotius sudah membuktikan betapa baik keperibadiannya. Aku dan Timotius sama seperti bapa dengan anak, yang sudah bekerja bersama-sama untuk menyebarkan Berita Baik.
23. Oleh itu aku bercadang mengutus dia kepada kamu, sebaik sahaja aku mengetahui apa yang akan berlaku kepadaku.
24. Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan, aku sendiri akan dapat mengunjungi kamu tidak lama lagi.