Ezra 9:13-15 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Sekarang Engkau telah menghukum kami kerana segala dosa dan pelanggaran kami terhadap hukum-Mu. Tetapi kami tahu ya Allah kami, bahawa hukuman-Mu itu jauh lebih ringan daripada yang setimpal dengan perbuatan kami; malahan Engkau telah menyelamatkan kami.

14. Oleh itu, bagaimana mungkin kami mengabaikan lagi perintah-Mu itu, lalu berkahwin dengan orang yang jahat itu? Jika kami melakukannya, tentu Engkau akan murka lalu membinasakan kami sama sekali, sehingga tiada seorang pun hidup.

15. Ya TUHAN, Allah Israel, Engkau sungguh adil. Walaupun demikian, Engkau telah membenarkan kami hidup. Kami mengakui dosa kami. Kami tidak layak menghadap hadirat-Mu.”

Ezra 9