2-14. Gersom, daripada puak Pinehas,Daniel, daripada puak Itamar,Hatus anak Sekhanya, daripada puak Daud,Zakharia, daripada puak Paros, bersama dengan 150 orang lelaki daripada puaknya (ada catatan tentang nama nenek moyang mereka),Elyoenai anak Zerahya, daripada puak Pahat-Moab, bersama dengan 200 orang lelaki,Sekhanya anak Yahaziel, daripada puak Zatu, bersama dengan 300 orang lelaki,Ebed anak Yonatan, daripada puak Adin, bersama dengan 50 orang lelaki,Yesaya anak Atalya, daripada puak Elam, bersama dengan 70 orang lelaki,Zebaja anak Mikhael, daripada puak Sefaca, bersama dengan 80 orang lelaki,Obaja anak Yehiel, daripada puak Yoab, bersama dengan 218 orang lelaki,Selomit anak Yosifya, daripada puak Bani, bersama dengan 160 orang lelaki,Zakharia anak Bebai, daripada puak Bebai, bersama dengan 28 orang lelaki,Yohanan anak Hakatan, daripada puak Azgad, bersama dengan 110 orang lelaki,Elifelet, Yehiel dan Semaya, daripada puak Adonikam, bersama dengan 60 orang lelaki, (mereka pulang kemudian),Utai dan Zabud, daripada puak Bigwai, bersama dengan 70 orang lelaki.
20. Selain itu, ada lagi 220 orang pekerja Rumah TUHAN yang didaftarkan nama. Mereka ialah keturunan orang yang ditugaskan oleh Raja Daud dan para pegawainya untuk menolong orang Lewi.
21. Selepas itu, di pinggir Sungai Ahawa, saya mengisytiharkan bahawa kami harus berpuasa dan merendahkan diri di hadapan Allah. Kami berdoa agar Dia memimpin kami dalam perjalanan dan melindungi kami, anak-anak kami, dan segala milik kami.
22. Saya segan meminta pasukan berkuda daripada raja untuk mengawal kami daripada serangan musuh dalam perjalanan. Saya berbuat demikian kerana saya memberitahu baginda bahawa Allah kami memberkati setiap orang yang berharap kepada-Nya, tetapi Dia murka dan menghukum sesiapa sahaja yang tidak setia kepada-Nya.
23. Demikianlah kami berpuasa dan berdoa agar Allah melindungi kami, dan Dia pun mengabulkan doa kami.
24. Daripada para imam yang terkemuka, saya memilih dua belas orang: Serebya, Hasabya, dan sepuluh orang lagi.
25. Kemudian saya menimbang perak, emas, dan perkakas yang disumbangkan oleh raja, para penasihat serta pegawainya, dan juga oleh bangsa Israel untuk digunakan di dalam Rumah TUHAN. Saya memberikan semuanya kepada para imam.
28. Saya berkata kepada mereka, “Kamu ini dikhaskan bagi TUHAN, Allah nenek moyang kita. Demikian juga semua perkakas daripada perak dan emas yang dipersembahkan sebagai persembahan khas kepada TUHAN.
29. Jagalah benda-benda itu dengan cermat sehingga kamu sampai di Rumah TUHAN. Di sana kelak, di bilik imam, timbanglah semua benda itu lalu serahkanlah kepada para pemimpin imam, orang Lewi dan pemimpin bangsa Israel di Yerusalem.”
30. Demikianlah para imam dan orang Lewi menerima perak, emas, dan perkakas itu lalu membawanya ke Rumah TUHAN di Yerusalem.
31. Kami meninggalkan Sungai Ahawa pada hari kedua belas bulan pertama lalu berangkat ke Yerusalem. Dalam perjalanan, Allah kami menyertai dan melindungi kami daripada serbuan dan serangan hendap musuh.
32. Apabila kami tiba di Yerusalem, kami berehat selama tiga hari.