1. Inilah senarai para pemimpin puak yang dibuang ke negeri Babilonia, dan yang kembali bersama-sama saya, Ezra, ke Yerusalem pada masa pemerintahan Raja Artahsasta:
15. Saya mengumpulkan semua orang itu di pinggir sungai yang mengalir ke kota Ahawa, dan kami berkhemah di sana selama tiga hari. Saya mendapati bahawa ada beberapa orang imam di kalangan mereka tetapi tiada orang Lewi.
16. Oleh itu saya memanggil sembilan orang daripada para pemimpin: Eliezer, Ariel, Semaya, Elnatan, Yarib, Elnatan, Natan, Zakharia, Mesulam, dan dua orang guru, iaitu Yoyarib dan Elnatan.
17. Kemudian saya menyuruh mereka menghadap Ido, ketua masyarakat di Kasifya, untuk meminta dia dan rakan-rakannya, iaitu para pekerja Rumah TUHAN, supaya memberi kami orang untuk bekerja di Rumah TUHAN.