Ezra 7:1-15 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Bertahun-tahun kemudian, apabila Raja Artahsasta menjadi raja Persia, ada seorang lelaki bernama Ezra. Dia seorang daripada keturunan Harun, Imam Agung itu, dan salasilahnya adalah seperti berikut: Ezra anak Seraya, anak Azarya, anak Hilkia,

2. anak Salum, anak Zadok, anak Ahitub,

3. anak Amarya, anak Azarya, anak Merayot,

4. anak Zerahya, anak Uzi, anak Buki,

5. anak Abisua, anak Pinehas, anak Eleazar, anak Harun.

10. Ezra telah mengabdikan hidupnya untuk mengkaji Taurat TUHAN, melakukannya serta mengajarkan segala ketetapan dan hukumnya kepada bangsa Israel.

11. Raja Artahsasta memberi Ezra, imam dan pakar Taurat itu, dokumen berikut:

12. “Daripada Raja Artahsasta kepada Imam Ezra, pakar Taurat Allah penguasa di syurga.

13. Beta bertitah bahawa semua imam, orang Lewi dan orang Israel lain di seluruh kerajaan beta, yang ingin pergi ke Yerusalem, dibenarkan pergi bersama dengan kamu.

14. Beta, bersama-sama tujuh orang penasihat beta, mengutus kamu untuk menyelidiki keadaan di Yerusalem dan Yehuda. Periksalah sama ada Taurat Allah yang telah diamanahkan kepadamu itu benar-benar ditaati.

15. Bawalah bersama-samamu emas dan perak yang hendak beta dan para penasihat beta persembahkan kepada Allah Israel, Allah yang tinggal di Yerusalem.

Ezra 7