Ezra 5:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)

7. “Kepada Raja Darius. Semoga tuanku memerintah dengan aman damai.

8. Ingin kami maklumkan kepada tuanku bahawa kami telah pergi ke Yehuda dan mendapati bahawa Rumah Ibadat untuk Allah yang Besar, sedang dibina semula dengan batu-batu besar dan tembok yang dilapisi kayu. Pekerjaan itu dilakukan dengan sangat teliti dan berjalan dengan lancar.

9. Kemudian kami bertanya kepada para pemimpin bangsa itu, siapa yang telah memberi mereka kebenaran untuk membina semula Rumah Ibadat serta melengkapinya.

10. Kami juga menanyakan nama mereka supaya dapat memberitahukan tuanku orang yang mengetuai pekerjaan itu.

Ezra 5